
Dua tahun ini, kita menyaksikan pergerakan harga minyak terbesar dalam tempoh 14 tahun, yang membingungkan pasaran, pelabur dan pedagang akibat ketegangan geopolitik dan peralihan ke tenaga bersih.
2022-09-06 • Dikemaskini
Gas asli adalah tiang seri ekonomi Eropah. Jika kebanyakan negara di dunia sedang bergelut dengan kenaikan harga tenaga, Eropah sedang menerima serangan yang paling sengit di kalangan kita. Harga gas asli dan elektrik telah meningkat ke tahap "mengarut", meningkatkan tekanan kepada pengguna dan perniagaan di seluruh EU. Apabila krisis tenaga semakin memburuk, inflasi melonjak pada bulan Ogos kepada 9.1% di Zon Euro, memaksa pemimpin Eropah untuk meningkatkan rancangan menyelamat dan langkah-langkah kecemasan untuk menyelamatkan pengguna daripada keperitan ekonomi yang dahsyat pada musim sejuk yang akan datang.
EU merancang untuk campur tangan dalam pasaran secara langsung dalam jangka pendek untuk membendung peningkatan kos tenaga isi rumah dan perniagaan, mengancam untuk mendorong ekonomi kawasan Euro ke dalam kemelesetan yang mendalam.
Suruhanjaya Eropah sedang mengusahakan usul tergempar yang tidak dinyatakan untuk menurunkan kos tenaga pada musim sejuk ini, menjelang mesyuarat menteri-menteri tenaga EU pada 9 September. Sementara itu, usaha untuk mengisi loji-loji penyimpanan berjalan lebih cepat daripada yang dirancang, memberikan sedikit kelegaan dan meningkatkan peluang Eropah untuk mengharungi musim sejuk dengan bekalan yang mencukupi.
EU sedang berada di landasan yang betul dalam memenuhi sasaran prasarana penyimpanan gasnya. Negara-negara anggota akan melepasi sasaran mereka untuk mempunyai storan yang 80% penuh menjelang November, dengan prasarana simpanan Eropah secara purata terisi 79.9%.
Tetapi penganalisis memberi amaran bahawa faktor terbesar dalam mendapatkan tenaga pada musim sejuk ini adalah dengan memotong penggunaan untuk memastikan bahan api yang disimpan dapat bertahan untuk menempuh bulan-bulan yang lebih sejuk. Mengurangkan permintaan akan menjadi lebih penting daripada penyimpanan. Jika negara-negara tersebut gagal, prasarana gas Eropah akan kosong pada bulan Mac, sebelum musim sejuk berakhir.
Untuk mengelakkan krisis pada musim sejuk, negara-negara perlu memotong penggunaan gas setiap bulan sebanyak 15% di bawah purata lima tahun. Itu akan membuatkan simpanan pasca musim sejuk 45% penuh jika Rusia terus menghantar gas dan 26% penuh jika Rusia memotong penghantaran mulai dari Oktober.
Rusia membekalkan Eropah lebih daripada 40% keperluan gas aslinya, tetapi selepas perang di Ukraine, aliran gas dari Rusia telah jatuh dengan mendadak.
Moscow mengurangkan bekalan melalui Nord Stream 1, saluran paip utama Eropah, kepada 40% kapasiti pada bulan Jun dan kepada 20% pada bulan Julai. Alasan yang diberi adalah masalah penyelenggaraan dan sekatan, yang menurut Rusia telah menghalang pemulangan dan pemasangan peralatan.
Jumlah gas yang dihantar Rusia melalui Nord Stream 1 kini hanya 20%, jadi penyimpanan sahaja tidak akan cukup untuk mengimbangi semula pasaran. Apatah lagi dengan penutupan saluran paip Rusia berulang-ulang kali atas pelbagai sebab. Ia ditutup selama sepuluh hari pada bulan Julai. Ia ditutup semula minggu lepas selama tiga hari kerana penyelenggaraan.
Dengan krisis tenaga yang memporak-porandakan Eropah, ketidakpastian terhadap aliran gas asli telah melambung harga ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.
1. Jika kita gunakan minyak sebagai skala, harga gas asli telah mencapai paras yang bersamaan dengan $500 per tong, sepuluh kali harga minyak purata semasa ($100).
2. Berbanding dengan AS, gas di Eropah telah meningkat kepada lebih 10 kali ganda harga di AS, dengan gas AS didagangkan sekitar $10/MMBtu.
3. Manakala harga gas Eropah mencapai paras rekod lebih dari 340 euro per megawatt-jam, atau $100 per juta Unit Terma British.
Angka-angka ini meningkatkan kerisauan tentang musim sejuk yang akan datang dan rumah-rumah yang sejuk tanpa gas untuk pemanasan, di samping ancaman yang jelas terhadap industri intensif tenaga.
Dengan kemungkinan campur tangan secara langsung EU dalam pasaran tenaga untuk meredakan krisis tenaga, harga gas telah turun, menyaksikan kelegaan daripada kenaikan baru-baru ini dan ini suatu yang jarang-jarang berlaku.
Harga gas asli di Eropah turun mendadak kepada €220 per megawatt jam, susut lebih 30% daripada paras rekod hampir 340 euro.
Menteri Ekonomi Jerman menjangkakan harga gas akan turun lebih banyak tidak lama lagi. Jerman, pengguna gas yang terbesar di Eropah, berkata prasarana penyimpanan gasnya dijangka akan 85% penuh menjelang bulan depan.
Dua tahun ini, kita menyaksikan pergerakan harga minyak terbesar dalam tempoh 14 tahun, yang membingungkan pasaran, pelabur dan pedagang akibat ketegangan geopolitik dan peralihan ke tenaga bersih.
Selepas beberapa bulan menerima tekanan dari Rumah Putih, Arab Saudi mengalah dan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bersama dengan ahli-ahli OPEC+ yang lain.
Ya, harga minyak sedang terbakar menyala-nyala sekarang, dan, akibatnya, inflasi semakin memanas di seluruh dunia. Namun begitu, momentum kenaikan harga minyak sedang terancam.
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!