
Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
2022-06-24 • Dikemaskini
Era wang murah COVID-19 sudah berakhir. Siapakah yang takut terhadap kitaran pengetatan Fed? Nampaknya bukan pasaran saham!
Dalam langkah untuk memerangi inflasi terburuk dalam tempoh 40 tahun, Rizab Persekutuan telah mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 0.25% pada 16 Mac. Ia kali pertama dalam masa lebih dari tiga tahun Fed menaikkan penanda aras kadar faedah. Kenaikan terakhir adalah pada bulan Disember tahun 2018. Kenaikan 25 mata asas menjadikan kadar faedah terkini berada dalam julat 0.25%-0.5%. Semua perkara ini telah dijangka dan pasaran telah lama priced in terhadap kenaikan ini. Namun, perkara yang pelik adalah reaksi pasaran saham AS selepas kenaikan itu. Pasaran tidak bertindak seperti yang sepatutnya.
Secara teori, kadar yang tinggi akan menjadikan pasaran lebih digemari, kerana kadar yang tinggi bermaksud kos pinjaman yang tinggi untuk perniagaan dan pelanggan, yang akan menurunkan perbelanjaan keseluruhan. Hasilnya, keuntungan akan terjejas, seperti mana ditunjukkan pada harga pasaran saham. Walau bagaimanapun, pada kali ini, para pelabur telah memberontak terhadap mutiara kata tradisional ini, dan telah menerkam pasaran saham. Pasaran AS melonjak selepas pengumuman kenaikan kadar yang ditunggu-tunggu daripada Fed dan memberikan bayangan kemungkinan enam lagi kenaikan pada tahun ini. S&P 500 ditutup 2.2% lebih tinggi pada hari tersebut.
Sepanjang dua tahun lalu, pasaran saham telah melonjak dan kekal kukuh dalam menghadapi pandemik global terburuk dalam satu abad, salah satu pilihan raya presiden yang paling memecahbelahkan dalam sejarah AS, dan serangan terhadap bangunan Capitol. Kini saham menghadapi perang darat terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II, dan inflasi terpantas sejak 1980-an. Sejarah menunjukkan bahawa saham AS bersedia untuk menghadapi lebih banyak kemeruapan selepas kenaikan kadar. Namun, ini bukan memberi maksud bahawa pasaran bull sudah tamat. Sebenarnya, dalam lapan kitaran pengetatan sebelum ini, S&P 500 lebih tinggi setahun selepas kenaikan kali pertama, menurut LPL Financial.
Berikut adalah pandangan sejarah tentang pasaran saham AS apabila Fed mula menaikkan kadar:
Akhir sekali, wang percuma daripada Rizab Persekutuan merupakan hadiah hebat kepada pasaran saham semasa pandemik dan mereka ketagih padanya. Oleh itu, walaupun kadar yang tinggi mungkin menimbulkan cabaran kepada pasaran saham AS, ia mungkin dapat mengatasinya menjelang akhir tahun. Pedagang mesti menguruskan kemeruapan ini dengan berhati-hati untuk mendapat keuntungan daripadanya.
Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan.
Powell mahukan pendaratan yang lembut untuk inflasi, seperti yang dilakukan oleh Greenspan pada tahun 1994. Tetapi nampaknya dia akan menempuh satu pendaratan yang sukar.
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!